Pages

Tuesday, January 5, 2010

Jom Makan Jamu!

Dear Diary,

Jom makan jamu! Apa ni?? Bukan nak promote produk, tapi cerita kesan jamu kepada kaum wanita, terutama kaum ibu.

Saya terpanggil untuk berkongsi info, setelah membaca satu artikel dalam ruangan Kesihatan di akhbar Mingguan Malaysia, hari minggu yang lalu. Artikel itu bertajuk "Bahaya Herba Tradisi pada Ibu" Dumm...! Serta merta saya terkenangkan kejadian sedih ini ~saya keguguran anak yang ke-4~. Waktu itu saya disahkan hamil hampir 4 bulan. Malangnya saya tak sedar yang saya ni hamil, saya tidak didatangi haid, hampir setahun kerana saya masih menyusu badan anak saya yang ke-3, jadi saya teruskan supplement jamu saya. Selain itu, dalam tempoh itu saya juga ada makan Panadol Soluble dan Panadol Actifast, dek demam dan selsema setelah pulang bercuti. Biras saya kata " kak long makan jamu masa ngandung memang la tak jadi" Well dear, kalau saya tahu saya mengandung, dah sah sah saya stop makan jamu. Malangnya saya tak tahu. Sebab, seingat saya, saya bersama dengan suami pakai kondom. Jadi, tak sangka la "terkena".

Ok, ok. Cukup kisah saya. Berbalik kepada artikel ni tadi, belum ada bukti sahih mengatakan jamu ni merbahaya kepada kaum ibu. Tetapi setiap ubat/supplement tentu ada kesan sampingannya. Kesan sampingan ini lah yang saya ingin kongsi bersama, agar kita kaum wanita lebih berwaspada.


Terdapat dua golongan wanita yang mengambil ubatan herba.

Golongan Pertama:
Wanita yang mengambil ubatan herba sebelum hamil, bagi tujuan menjarakkan kehamilan, mengatasai masalah sakit sakit badan serta membantu meningkatkan kepuasan kelamin. Antara herba yang popular adalah manjakani, kacip fatimah dan mas cotet. Biasanya golongan ini, berhenti mengambil ubatan herba apabila disahkan hamil. Akan tetapi, ketika membuat keputusan untuk berhenti, usia kehamilan telah mencecah beberapa minggu atau bulan.
~hmm... i think i fall into this group~

Golongan Kedua:
Golongan ini tahu mereka hamil, dan sengaja mengambil ubatan herba untuk menggugurkan anak. Haaa... ini yang bahaya. Ada juga yang mengambil ubatan herba semasa kehamilan, kononnya untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecerdikan janin, juga memudahkan proses kelahiran serta mengatasi masalah uri melekat.

Sekarang kita tengok pula , apakah faktor yang menyebabkan kesan buruk dari ubat ubatan herba ni:
  • tumbuhan itu sendiri mempunyai bahan aktif yang kadang kala boleh memberikan kesan toksik atau bahaya kepada janin.
  • ubatan herba itu tercemar dengan kuman atau logam berat semasa proses pengambilan, penyimpanan atau semasa pemprosesan ubat itu sendiri.
  • KKM melaporkan 95% ubatan herba tradisional yang tidak berdaftar mengandungi steroids.
  • Interaksi antara ubatan herba dan ubatan moden yang diambil pada waktu yang sama boleh mengganggu proses penyerapan dan perkumuhan ubatan moden.
Sebenarnya tidak banyak kajian yang dilakukan terutamanya keatas herba herba tempatan untuk menentukan kesannya kepada janin jika diambil semasa mengandung. Tumbuhan herba mengandungi bahan aktif yang boleh menyerang uri dan seterusnya meninggalkan kesan kepada janin.
  • Keguguran
  • Kecacatan
  • Bayi lemas
  • Kematian janin (ini berlaku kepada diri saya)
Jadi kita sebagai wanita dan ibu perlulah berwaspada. Dengar pendapat rakan dan dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ubatan ketika hamil. Kesannya bukan sahaja dari segi fizikal, malah dari segi emosi juga. Sehingga ke hari ini, saya masih bersedih, dan juga rasa bersalah atas kematian janin (baby) dalam rahim. Masih terbayang bayang janin yang telah lengkap, tangan, kaki, mata, hidung. Jantina mungkin sudah boleh nampak. Cuma doktor yang tidak mahu bagitahu, kerana ketika itu degupan jantung bayi amat perlahan. Nasihat doktor, berehat, jangan buat kerja berat, jika ada bleeding walaupun sedikit atau sakit perut yang amat sangat segera ke hospital. Saya di suruh follow up pada minggu hadapannya untuk mengesahkan keadaan janin. Ada sedikit sinar harapan buat saya ketika itu, walaupun doktor menasihati saya supaya jangan terlalu mengharap.

Minggu depannya, berita buruk buat saya. Jantung bayi yang dikandung bukan sahaja berhenti sepenuhnya, janin itu sendiri sudah mengecut. Kecewanya, tuhan sahaja yang tahu. Esoknya saya admit untuk D&C.

Ketika itu perasaan saya sungguh kacau, meninggalkan Maryam yang ketika itu masih lagi 100% bergantung kepada susu badan. Nasib baik tak ada complication lain. Petang saya dibenarkan pulang. Selepas peristiwa ini juga saya berhenti mengambil ubat ubatan herba. 

Pada masa ulangtahun kelahiran Maryam yang pertama. Seminggu lepas tu terus admit for D&C.

No comments: