Pages

Sunday, February 20, 2011

Sakit tau kena induce

ada orang mudah melahirkan anak. sesetengah orang mengalami kesulitan melahirkan anak. mak saya tak pernah jemu bercerita, susahnya melahirkan saya. berhari hari menanggung sakit nak bersalin. siap dipindahkan dari hospital teluk intan ke hospital ipoh. rasanya waktu itu tiada kemudahan seperti sekarang. kalau sekarang, boleh bagi gas atau pun boleh minta epidural. kalau dah overdue, ada ubat boleh mempercepatkan proses kelahiran. saya kira, nasib manusia ni lain lain. ada yang Allah bagi sakit sekarang, sihat kemudian hari. wallahua'lam. DIA MAHA MENGETAHUI.

pengalaman melahirkan anak saya yang sulong, saya kira agak payah. pada ketika itu saya sudah lewat 2 minggu dari tarikh jangkaan bersalin. doktor suruh saya check in wad, walaupun tiada tanda tanda nak bersalin. malam itu nurse pun memulakan tugas mereka, cukur bulu bulu 'dibawah tu', masukkan ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran (apa nama ubat tu saya tak tahu, harap maaf), juga julap. pada tengah malam, saya rasa tak selesa 'dibawah sana'. masuk ke tandas, tengok ada tompokan darah. perut pun rasa macam ada sedikit cramp. ingatkan dah nak bersalin sangat la dah. panggil nurse check. nurse kata, "lambat lagi kak". hrm.... bila nak beranak ni???

keesokan pagi doktor datang periksa. rahim baru buka dalam 1 cm. say what? baru 1 cmu?

doktor suruh tunggu lagi satu malam. jadi malam tu, nurse mulakan proses yang sama seperti malam sebelum. dah masuk subuh terasa macam ada contraction. sekejap sekejap sakit. sekejap tidak. pagi, nurse bawa turun ke dewan bersalin. doktor dah tunggu. bila tiba turn saya, doktor pun periksa.

"ada sakit?"

"ada..."

"saya check ya... relax ok.."
"hrm... baru 2 cm.."

"hah??!! 2 cm...."

" macam ni, saya induce awak, bagi cepat proses bersalin"

"ok"

doktor pun cucuk tangan saya, masuk air. mula mula ok je. elok air ubat tu masuk dalam darah, terus rasa contraction. mula mula tak sakit sangat. jadi nurse tolak saya ke wad, bagi laluan pada bakal bakal ibu yang dah nak terberanak. dalam 5-10 minit saya rasa, contraction makin lama, makin kuat. mula mula saya dapat tahan. boleh sembang sembang lagi dengan mak, abah dan suami. selepas 10 minit, rasa macam nak terberak. kemudian lega sekejap. beberapa minit kemudian rasa macam period cramp yang amat amat sakit. sampai mengerang saya dibuatnya, menahan kesakitan. saya ni jarang sakit. kalau sakit pun selalunya saya gagahkan juga. tapi kali ni sakitnya tak terperi. malu kat orang sekeliling, juga tak mahu dikatakan mengada ngada, saya tahankan juga. kalau nak ikutkan perasaan, mahu saja saya jerit kesakitan. sakitnya saya waktu itu tak tergambar dek kata kata. ada masa maintain rasa contraction selama beberapa minit. sampai menitis air mata menahan kesakitan. saya squeeze tangan suami saya sampai tak berdarah, bagi menahan kesakitan.

teknik pernafasan, dan doa doa yang dipelajari macam tak memberi kesan ketika itu. tapi saya teruskan berdoa, mungucap, berzikir, dengan harapan Allah mudahkan urusan saya. kala itu saya lihat suami saya mengalir air mata. dalam hati saya mengucapkan syukur. suami saya amat menyayangi saya.

mak saya, dan mak mertua saya dah tak tahan melihat saya kesakitan. dipanggilnya nurse, untuk melihat keaadaan saya.

"ada rasa nak berak"

"ye..."

sampai berpeluh peluh saya menahan kesakitan. ketika itu baru nurse sorong saya ke dalam labour room. tak lama kemudian, doktor datang periksa saya. katanya, setiap kali saya contraction, heart beat baby jatuh menjunam. jadi dia cabut IV di tangan saya. lega rasanya. masih lagi ada rasa nak bersalin, tapi tak sesakit semasa diinduce tadi. tak lama doktor cabut IV ketuban saya pecah. periksa, baru 3 cm. kalau macam ni minggu depan la baru saya beranak, kalau dah sehari 1 cm.

sedang menunggu rahim saya buka hingga 5 cm, saya dapat "jiran" baru. seorang wanita india. sakit sangat agaknya. dia punya menjerit... huk alah.... saya yang tengah sakit ni, terus hilang rasa sakit. annoyed pula. nurse nurse yang ada consult la wanita ni, supaya relax. ajar dia teknik bernafas, agar dapat kurangkan rasa sakit. tak de.... di marahnya nurse tu ada la. sekali datang nurse india, ditamparnya muka wanita ini. ha... amik ko. bangsa sendiri yang tampar, i have no say. terkedu. nasib baik masa saya sakit tadi  tak terpekik terlolong macam dia. kalau tak sah sah saya pun makan penampar juga.

sejam kemudian. doktor datang periksa. masih lagi tiada tanda tanda saya ni hampir bersalin. sudahnya doktor ambil keputusan untuk melakukan pembedahan Cesarean. saya redho, kalau dah ini ketentuan-NYA. sebelum saya disiapkan ke dewan pembedahan, saya dibenarkan untuk berjumpa dengan suami dan emak saya. kesempatan ini saya gunakan untuk meminta maaf, dan memaafkan mereka andai apa apa terjadi di meja pembedahan nanti.

Alhamdulillah... saya selamat melahirkan bayi comel yang kami namakan Luqman.

Gugur lagi airmata suami saya. Airmata syukur atas kelahiran bayi yang ditunggu tunggu.


Luqman, kini 6 tahun




No comments: